assalamualaikum....:)
hai...!!!! ari ni nak kongsi pasal cara2 nak masak apom polkodot yang macam menarik tu...
ari tu lepas cuti mid sem,,si nadia ada laa bawa sikit apom hasil air tangan dia buat...
ari tu lepas cuti mid sem,,si nadia ada laa bawa sikit apom hasil air tangan dia buat...
rasa sedap dan sesangat laaa cute miut...hahahaha
rasa sayang nak makan pon ada...
so kat bawah ni ada laaa resipi yang nak dikongsi bersama..
selamt mencuba yaaaa..!!!!
so kat bawah ni ada laaa resipi yang nak dikongsi bersama..
selamt mencuba yaaaa..!!!!
- 140gm tepung gandum | diayak bersama
- 1 ½ sudu teh serbuk penaik | diayak bersama
- 110gm gula halus
- 75ml susu segar
- 2 biji telur
- 1 sudu teh 'ovalette'
- ½ sudu teh perisa strawberi
- Inti: Jem stroberi secukupnya
- Sedikit pewarna merah
- Sedikit pewarna putih
- Sedikit pewarna hijau
- 30 keping mangkuk kertas
- Putar telur dan gula halus sehingga kembang di dalam mangkuk adunan.
- Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk penaik diselang selikan dengan susu segar.
- Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa strawberi dan putar sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, kemudian titiskan pewarna merah, putih dan hijau.Adun setiap adunan.
- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam beg paiping yang berbeza.
- Paipkan separuh adunan merah ke dalam mangkuk kertas.
- Kemudian, masukkan inti strawberi secukupnya dengan menggunakan beg paiping.
- Paipkan lagi adunan merah sehingga hampir penuh.
- Kemudian, paipkan adunan berwarna hijau untuk membuat tampuk buah strawberi.
- Selepas itu, paipkan bentuk dot di bahagian atas apam dengan warna putih.
- Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
